SERASI


KENYATAAN ILTIZAM PROGRAM SEKOLAH LESTARI / SERASI

            Visi

Menjadikan Sekolah Kebangsaan Baru Jumpa sebagai sekolah lestari di Daerah Tenom menjelang  tahun 2016  supaya dapat melahirkan generasi yang mencintai alam sekitar.

            Misi

Untuk mencapai visi tersebut maka warga sekolah akan:

  1. Menerapkan nilai-nilai murni dan sahsiah mengenai penjagaan alam sekitar melalui pendidikan merentasi kurikulum
  2. Memastikan pencapaian kurikulum sentiasa cemerlang
  3. Melibatkan diri dalam aktiviti ko-kurikulum
  4. Mewujudkan suasana dan persekitaran sekolah yang hijau, selamat dan kondusif.
  5. Memupuk kesedaran warga sekolah supaya mengamalkan budaya hidup mesra alam
  6.  Mengintergasi semua aktiviti supaya dapat melibatkan keseluruhan warga sekolah dalam program sekolah lestari.
    2.3       OBJEKTIF  PROGRAM SEKOLAH LESTARI / SERASI
     

  1. Memupuk nilai mesra alam sekitar semua warga sekolah dengan menggunakan pendekatan empat komponen utama iaitu pengurusan, penghijauan, kokurikulum dan kurikulum.
  2. Meningkatkan tahap kesedaran dan perubahan sikap  warga sekolah mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
  3. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif dan ceria bagi melahirkan warga sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.
  4. Menggalakkan inovasi ke arah membentuk persekitaran sekolah yang menitikberatkan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar
  5. Mewujudkan persekitaran sekolah yang boleh menarik penglibatan setiap warga sekolah dalam program sekolah lestari.

No comments:

Post a Comment